Saturday, 10 May 2014

motivation video


Makanan Berprotein Tinggi Dalam Makanan Seharian

Disebabkan ada permintaan dari pembaca yang mahukan maklumat tentang makanan yang berprotein tinggi untuk bina otot maka wujudlah entry nih .

Kepada sesiapa yang gila nak bina otot , masuk keluar gym , kat bawah ni ada 10 jenis makanan yang paling sesuai untuk diet korang .

1. AYAM
    Dada ayam adalah bahagian yang paling banyak protein iaitu 100g dada = 45g protein .

2. DAGING LEMBU
    Pilih daging merah . Elakkan mengambil daging yang bercorak marble sebab ada banyak lemak .
    200g = 50g protein .

3. IKAN
    Ikan Salmon merupakan ikan yang banyak protein disamping omega 3 yang baik untuk otak dan 
    jantung . Kat Malaysia nih , ikan Patin dikenal pasti banyak proteinnya . Kepada sesapa yang tak suka 
    ikan Patin tuh , tak dapat la den tolong yo . Diikuti pula dengan ikan Kod , Tuna dan lainnya .

4. TELUR
Protein tinggi yang sangat murah . Salah la bila korang kata " eeeee... makan telur boleh jadi gemuk tau ". Walaupun protein tu cuma ada kat putih telur , jangan la pi buang lak kuning telur nya ya ! Kalau tak nak makan , tapau la kat den yo . Emmm ... sebab ada vitamin , mineral , asid amino dan choline yang merupakan bahan penting untuk kesihatan dan juga otak .
1 biji = 6 g protein

5. SUSU
    Merupakan sumber kasein protein yang lambat dihadam serta membekalkan asid amino dalam
    jangka masa panjang dalam badan . Minumlah segelas sebelum tidor seperti yang Rasulullah 
    amalkan sebab ia boleh bekalkan protein kepada badan sepanjang tidor . Ambillah susu rendah lemak .  
    Anlene choc pun dah ok sebab ada kajian mengatakan bahawa minum susu coklat setiap hari  
    boleh kempiskan perut . Senyum jer korang bila baca kan !

6. TAUHU
    Selain tinggi protein , ia juga kaya dengan asid amino , vitamin dan rendah lemak . Tapi den tak 
    galakkan sebab kajian terbaru mendapati bahawa kacang soya mengandungi bahan pencetus kanser .  
    Tapi kalau makan tempe , bahan tersebut sudah berkurang disebabkan proses penapaian . So , makan 
    je la tempe tu . Sedap tau sebab favourite den ... heheheeee
    100g tauhu = 10g protein 

7. KEKACANG
    a ) Kacang Putih -> tinggi mineral dan fiber juga rendah lemak .
          200 g = 16 g protein

    b ) Kacang Panggang ( baked beans ) -> 
         1 cawan = 11g protein

    c ) Kacang Dal panggang -> mengandungi fiber dan vitamin B1
         120g = 9.1g protein

    d ) Kacang lain seperti Badam , Gajus dan kacang tanah -> tinggi protein malah sesuai dijadikan snek

8. KEJU

Keju ni senang jer nak makannya . Korang cuma perlu ambil 2 keping roti perang , makan bersama keju pada waktu breakfast .
   
      
Harap korang puas hati dengan info ni .