Saturday, 10 May 2014
Makanan Berprotein Tinggi Dalam Makanan Seharian
Disebabkan ada permintaan dari pembaca yang mahukan maklumat tentang makanan yang berprotein tinggi untuk bina otot maka wujudlah entry nih .
Kepada sesiapa yang gila nak bina otot , masuk keluar gym , kat bawah ni ada 10 jenis makanan yang paling sesuai untuk diet korang .
1. AYAM
Dada ayam adalah bahagian yang paling banyak protein iaitu 100g dada = 45g protein .
2. DAGING LEMBU
Pilih daging merah . Elakkan mengambil daging yang bercorak marble sebab ada banyak lemak .
200g = 50g protein .
3. IKAN
Ikan Salmon merupakan ikan yang banyak protein disamping omega 3 yang baik untuk otak dan
jantung . Kat Malaysia nih , ikan Patin dikenal pasti banyak proteinnya . Kepada sesapa yang tak suka
ikan Patin tuh , tak dapat la den tolong yo . Diikuti pula dengan ikan Kod , Tuna dan lainnya .
4. TELUR
Protein tinggi yang sangat murah . Salah la bila korang kata " eeeee... makan telur boleh jadi gemuk tau ". Walaupun protein tu cuma ada kat putih telur , jangan la pi buang lak kuning telur nya ya ! Kalau tak nak makan , tapau la kat den yo . Emmm ... sebab ada vitamin , mineral , asid amino dan choline yang merupakan bahan penting untuk kesihatan dan juga otak .
1 biji = 6 g protein
5. SUSU
Merupakan sumber kasein protein yang lambat dihadam serta membekalkan asid amino dalam
jangka masa panjang dalam badan . Minumlah segelas sebelum tidor seperti yang Rasulullah
amalkan sebab ia boleh bekalkan protein kepada badan sepanjang tidor . Ambillah susu rendah lemak .
Anlene choc pun dah ok sebab ada kajian mengatakan bahawa minum susu coklat setiap hari
boleh kempiskan perut . Senyum jer korang bila baca kan !
6. TAUHU
Selain tinggi protein , ia juga kaya dengan asid amino , vitamin dan rendah lemak . Tapi den tak
galakkan sebab kajian terbaru mendapati bahawa kacang soya mengandungi bahan pencetus kanser .
Tapi kalau makan tempe , bahan tersebut sudah berkurang disebabkan proses penapaian . So , makan
je la tempe tu . Sedap tau sebab favourite den ... heheheeee
100g tauhu = 10g protein
7. KEKACANG
a ) Kacang Putih -> tinggi mineral dan fiber juga rendah lemak .
200 g = 16 g protein
b ) Kacang Panggang ( baked beans ) ->
1 cawan = 11g protein
c ) Kacang Dal panggang -> mengandungi fiber dan vitamin B1
120g = 9.1g protein
d ) Kacang lain seperti Badam , Gajus dan kacang tanah -> tinggi protein malah sesuai dijadikan snek
8. KEJU
Keju ni senang jer nak makannya . Korang cuma perlu ambil 2 keping roti perang , makan bersama keju pada waktu breakfast .
8. KEJU
Keju ni senang jer nak makannya . Korang cuma perlu ambil 2 keping roti perang , makan bersama keju pada waktu breakfast .
Harap korang puas hati dengan info ni .
Subscribe to:
Posts (Atom)